Thursday, December 24, 2009

Langit.

Awan, Cloud, die Wolke, クラウド.

Kenapa sejak dulu, awan ?

Kita, duduk dia bawah. Sebab itu lah.

Percayalah.

Saturday, December 12, 2009

Jujur.

Aku malas nak layan kawan sekolah menengah.

Walau, bukan semua.

Soalan.

"Kereta apa yang you nak sangat drive sekarang ni ?"

"Apa apa pun tak kisah. Selagi ada nice music inside, even kereta 30 tahun dulu pun I suka."

"Contoh musik ?" tanya penjaga kaunter.

"Nah," kata aku sambil hulur Tegan Sainthood Sara.

"Nice taste. Satu je ?"

"Nak belanja ke ?" soal aku memerli. Walaupun sebenarnya ada lagi tiga yang wajib aku dapatkan.

"All right, cari lah satu."

Aku senyum, aku hulurkan Writer's Block.

Total jumlah; satu CD.

"What a nice taste aku ni."

"Pandai ayat perempuan," kata kawan sebelah.

Sunday, December 6, 2009

Semalam.

Aku rindu lagu lagu yang sentiasa hidup dalam diri aku.

Aku perlukan, Sonic Youth, aku perlukan Dinosaur Jr. , Letters to Cleo, The New Pornographers, Radiohead, Peter Bjorn and John,...., The Velvet Underground sentiasa.

Harapan, sentiasa.

Regina Spektor, Camera Obscura sentiasa buat aku rasa senang. Suara perempuan.

Sebadoh bagi aku ekspressi lain. Lagi lagi apabila mula membuat kerja.

usw.

*

"You're different, mate."

"What a taste."

"Gimme Writer's Block for my next birthday."

Saturday, November 28, 2009

Sebenarnya.

Dari kecil, aku cuma nak jadi average guy, hidup juga average.

Suatu hari nanti, mempunyai seorang isteri yang juga average. Not too beautiful, not too ugly. Hidup yang average. Apabila sudah pencen, aku mahu duduk memancing, bermain catur dan berehat.

Thursday, November 26, 2009

Catapult.

Hari itu, aku dipelawa untuk mendapatkan satu kamera digital SLR. Aku menolak, lagi. Sebenarnya dah banyak kali.

Sebab paling munasabah.

1. Lagipun, aku dah janji sejak tingkatan 3 lagi. Nak beli guna duit sendiri.
2. Lagipun, aku bukan pandai sangat nak menjaga benda berat tu.
3. Lagipun, aku masih belum master HDR lagi. HDR HDR HDRi.

Okay, itu cerita lain. Long story short,

aku nak lagu baru. I need new songs to listen. Aku tak suka radio, I bet, you already know that.

Friday, November 20, 2009

Ubah.

Suatu dulu, mereka cuba berubah. Menjadi idola remaja. Membentuk satu pakatan yang bergaya, dengan barang mewah, dengan berjalan mengurat pelajar perempuan.

Mereka memuja artis yang bergaya, cuba meniru.

Sekarang juga tidak ubah seperti dulu.

"Let me talk to you," kata aku," Wanting to be someone else is a waste of the person you are."

Mereka cuba menidakkan.

"Itu Kurt Cobain yang kata," kata aku sebelum mereka sempat bersuara.

"Orait !"

 
iqbal yusoff